Tuesday, July 12, 2011

Cik Pya dan gigi-giginya

Haha..terbaca blog ayu pasal gigi Alif, teringat pula pasal gigi Sofieya. Upadate sehingga hari ni, pada usia 8 bulan 2 minggu, Sofieya dah ada 5 batang gigi. Haha..agak cepat berbanding baby yang sebaya. 1st tumbuh dua gigi depan bahagian bawah masa umur 6 bulan, Alhamdulillah dia tak demam atau cirit. Kemudian selang 3 minggu,  gigi depan bahagian atas dan seminggu kemudian gigi kedua bahagian atas. Sabtu yang lepas, apak dia tengok ada gigi yang kelima dah keluar juga bahagian atas..hehehe. so sekarang ni 3 gigi atas 2 gigi bawah.
Masa baru2  keluar gigi tu dia memang suka gigit2 org, tak kirala, pipi, jari atau B..huhu..menjerit tu bila dia gigit. Tapi akak ade ajar suh bagitau baby supaya jangan gigit sebab baby memang boleh faham.Bgtau dengan berhemah mmg tak berjaya…so jegilkan mata masa dia gigit tu barula dia tak gigit2 lg..sian dia kene marahkan.
Gigi sofieya sangat tak teratur yang mewarisi gigi si mama. Lengkap semua.. besar, jarang dan senget. Kesian. Apak dia cakap kalau besar nanti masih camtu kenela pakai braces..huhu. Ni gambar si tanje dengan gigi dia =).
Gigi baru nak keluar

gigi senget bentuk V terbalik

Sedikit info pasal gigi.
Aturan pertumbuhan gigi bayi
 Order of appearance of the milk teeth.
Gigi susu biasanya mula muncul pada usia 6 bulan. Tapi adalah normal untuk tumbuh awal atau lambat beberapa bulan. Biasanya gigi bahagian bawah depan iaitu gigi kacip (incisor) akan muncul dulu, tapi ini mungkin berbeza bergantung pada bayi. Jumlah keseluruhan gigi susu ialah 20 batang.

Untuk peringkat bayi, nurse akan nasihatkan untuk lap gusi bayi dengan kain lembap setiap kali sebelum tidur malam dan selepas bangun pagi (pernah buat 2-3 kali je pada sofieya..hehe). Bila dah mula tumbuh boleh terus gunakan berus gigi yang bersesuaian. Menurut Dr. Leen, dengan menggunakan yang boleh disarungkan pada jari, lebih mudah untuk anggarkan kedalaman dan kekuatan memberus.