Thursday, October 5, 2017

Rindu

"kakak bangun.. jom pergi sekolah".. dialog harian biasa yang didengar kakak saban hari persekolahan. Dengan mata tertutup, mamai..turun dari katil berjalan menunju ke bilik mandi bagi bersedia untuk ke sekolah.

Setiap hari kakak akan ke sekolah rendah agama (SRA) dan kemudian ke sekolah kebangsaan (SK) pada sesi petang. Sesi SRA bermula jam 8.00 pagi dan kemudian berakhir jam 11.00 pagi. Tamat sesi di SRA, kakak akan pergi ke transit bagi tujuan makan tengahari dan salin baju untuk persediaan ke sekolah petang. Jam 12.00 tengahari, van along sedia menanti di transit membawa kakak dan anak-anak lain untuk ke SK. Jadual yang ketat dan memenatkan bagi anak-anak yang seusianya. Tiada waktu rehat atau 'nap' untuk melepaskan lelah. Sesi persekolahan SK bermula jam 1.30 tengahari dan tamat jam 6.30 petang.

"macam mana sekolah hari ni?.. seronok tak?" soalku pada kakak sewaktu mengambilnya pulang dari SK. "Penat ma..bosan..kakak penat..tak sempat tidur..tadi tertidur dalam kelas" jawapan yang keluar dari mulut kecil itu. Kepenatan jelas terpapar pada wajahnya."Maafkan mama kakak sebab tak sempat jaga kakak" bisikku padanya.. Wajah kecil itu hanya menatapku tanpa sebarang reaksi. Rutin diteruskan juga saban hari.. tiada pilihan. Aku harus meneruskan perjuangan pengajianku. Maafkan mama kakak.

Hari ini.. kakak membuat tantrum sewaktu hendak dihantar ke SRA setelah menghantar adik-adiknya ke tadika dan taska. "kakak tak nak sekolah... balik lambat sangat..kakak tak sempat jumpa mama..jumpa mama sekejap sangat, lepas tu dah tidur". luahan perasaan kakak dilepaskan bersama juraian air mata. Remuk rasa hati..mendengar luahan rindu anak kecil itu.. tiada daya bagiku selain memujuk hati kecil itu agar meneruskan persekolahan. Menyatakan padanya bahawa mama juga rindu pada kamu semua..mahu bermain dan mendengar celoteh anak-anak mama. Aku memberi janji untuk meluangkan masa bersamanya selepas waktu kerja walaupun hanya sebentar.

Drama juraian air mata masih berterusan di lapangan SRA."sekolah kat malaysia susah..kakak tak pandai..kakak tak tahu baca..kat jepun senang je" air mata berjuraian sekali lagi sambil matanya merenung ke arah tulisan jawi pada dinding bangunan sekolah. Sekali lagi rasa bersalah menderu datang..maafkan mama sayang..sebabkan kakak tertekan begini.. tercicir dalam pelajaran. Namun mama akan cuba sebaik mungkin untuk bantu anak-anak mama. Aku memujuk kakak dan berkata padanya agar terus rajin berusaha. Tidak mengapa jika tidak pandai tetapi rajin berusaha..kakak bukan tidak pandai, tapi kakak lambat masuk sekolah ni..lama-lama nanti kakak akan pandai juga seperti kawan-kawan yang lain..pujukku bagi mententeramkan kakak.

Jam menunjukkan 9.00 pagi, waktu rehat bagi anak-anak darjah satu. Aku menemani kakak untuk berehat di kantin SRA..Wajahnya semakin ceria..lantaran sedikit masa diluangkan untuknya. Bekalan yang di bawa dinikmati bersama air sarsi yang di beli. Selesai makan..aku mengiringi kakak ke kelasnya. Ku peluk kakak dengan erat..menyatakan sayangku padanya..memesan kepadanya agar terus rajin berusaha..jangan rasa sedih..kita akan jumpa malam nanti. Kakak kutinggalkan bersama rakannya setelah kesedihannya reda.

Wahai anak-anak mama..maafkan mama sebab tidak menjaga kamu dengan sempurna. Namun mama mahu kamu tahu bahawa kasih sayang mama menggunung untuk kamu semua. Hari-hari mama doa agar anak mama gembira dan menikmati masa kecil seperti anak-anak lain. Mama doa agar anak-anak mama sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak soleh dan solehah.

Mama sayang kamu Sofieya, Shafy, Syamil!

Friday, September 29, 2017

Doa untuk Abah

Assalamualaikum wrt. wbt.

8 Tahun 5 bulan masa yang telah berlalu. Abah pergi..tinggalkan isteri kesanyangan yang sentiasa setia bersama susah dan senang, mengharung pahit getir. Meninggalkan 10 anak yang sentiasa disayang. Pergilah abah, tenaglah di sana. Semoga kita semua akan berjumpa semula.

Tatkala mereka bercerita
Tatkala mereka berkata betapa risau hatinya tentang dia
Hati ini jadi rindu
Pada dia yang tidak lagi akan ketemu

Masih terbayang renungan akhirnya
menyatakan rasa kasihnya
masih terdengar suaranya
saat bertanya khabar berita

Moga dia tenang di sana
Moga dia dilapangkan tempatnya
Moga dia diterangi cahaya
Moga jannah menantinya

Al-Fatihah untuk Abah
(Sahadan bin Taib, 6 Januari 1948 - 18 Mac 2009)

Thursday, September 28, 2017

Adik si Adik

Assalamualikum wrt. wbt.

Kalau rujuk pada post yang terakhir..tentang adik; adik kepada Sofieya, Megat Shafy Amsyar (Suci dan Cerdas) yang kini dah umur 4 tahun..cepatnya masa berlalu.

Hari ni nak kenalkan adik kepada Shafy; Megat Syamil Baydar (Sempurna dan Tajam Fikiran) yang akan genap 1 tahun 2 bulan pada 16 Oktober 2016. Anak yang cukup kuat. Diuji dengan sakit kulit; eczema yang berpanjangan dari umur 2 bulan, tapi senyuman sentiasa di bibir. Terbaru, jangkitan virus herpes pada bahagian pipi kanan, sebabkan bintik-bintik yang dipenuhi nanah. Alhamdulillah dah semakin pulih dari jangkitan walaupun hampir seminggu demam yang sentiasa mencapai suhu 40C.


Dari sejak lahir, Syamil di bawa ke hulu-hilir sebab mamanya dalam proses cuti belajar. Sejak umur tiga hari, keluar dari hospital, terus bawa ambil gambar pasport, kemudian buat passport...Terkepit-kepit maknya berjalan..Pengalaman sungguh. Umur 2 bulan 8 hari, ikut mama mencari ilmu di bumi Nihon.

Sangat manja dengan apak sebab apak ambil tugas sebagai baby sitter sepanjang hari masa mama pergi lab..terima kasih apak! Semoga si kecil ini membesar sesempurna nama yang diberikan untuknya. Sayang anak mama!!!

Perjalanan Kehidupan

Bertahun-tahun masa berlalu. Tanpa sedar, dari anak seorang sampai sekarang anak dah tiga! Alhamdulillah...rezeki dari Allah..kurniaan yang hebat..kurniaan yang indah.Semoga dapat menjaga amanah ini dengan baik.

Blog ni untuk menjadi journal perkembangan anak-anak. Semoga akan jadi tatapan pada masa hadapan. Kenangan untuk mama dan apak bila anak-anak sayang mama dah besar nanti.

Kesayangan..Sofieya, Shafy, Syamil

Semoga jadi anak solehah dan soleh.. sentiasa dalam lindungan Allah sepanjang masa


Wednesday, October 12, 2016

Come back!

Assalamualaikum!

Lama sungguh tiada sebarang coretan..akhir sekali tahun 2011.. Kalau rumah mesti dah penuh dengan segala macam sarang; anai-anai, labah-labah, semut, tikus..hehe.

Harap boleh istiqmah menulis pengalaman hidup bersama suami dan anak-anak.. Semoga jadi kenangan di masa hadapan.



Baie

Friday, October 28, 2011

Adik

Cinta hati kedua kami..InsyaAllah

Tested on 17/10/2011

Scanned on 27/10/2011 - 10w 2d - EDD 22052011

Semoga adik sihat2 dalam perut mama..jgn meragam selalu ye.

Setahun sudah!!!

Alhamdulillah..terima kasih Allah...

23 Okt 2011, Ahad lepas Sofieya dah cukup setahun.Rasa masa berlalau sangat cepat..kejap je dia dah setahun. Teringat lagi masa hari nak lahirkan dia..9  jam dalam labour room bersama suami menanti sikecil yang akhirnya kunjung tiba.

Alhamdulillah, Sofieya anak yang tak banyak karenah.Mungkin dia faham mama dia jaga dia sorang-sorang kat sini. Sepanjang setahun ni banyak kali juga Sofieya demam, mungkin sebab mama dia tak berapa cekap jaga dia lagi..hehe.

Tak de apa-apa party pun untuk besday Sofieya sebab mama dia dipaksarelakan bekerja..muahahaha. Cuma malam sabtu tu kami sekeluarga sama tok mak Sofieya, pergi jalan-jalan kat Melaka River Cruise. Sofieya sangat teruja tengok air sungai, bot penumpang dan lampu-lampu yang bergemerlapan tu..hehe..suara dia je menjerit-jerit excited..seronok ye sayang.

Ahad tu kami sambut besday dia kat rumah dan beli Rasberry cheesecake untuk dia sebab kalo kek lain ada telur..so cheesecake/ icecream cake je la yang bleh. Suruh tiup lilin pun x pandai lagi budak tecit ni..hehe.

Seronok ada anak ni..anak-anak memang pengubat duka..bila penat, bila sedih..tengok je muka dia senyum..rasa hilang semua..sayangnye mama pada Sofieya.. cepat besar ye sayang..leh tolong jaga adik pulak lepas ni =).

Dah setahun ni, Sofieya masih lum pandai jalan lagi, cuma gigi dia dah tumbuh sampai 8 batang. Sekarang, aktiviti yang dia paling suka ialah menolak bakul/ carseat untuk belatih jalan. Kadang-kadang mama dia yang tak larat nak layan. Sangat suka binatang, dan kalau nampak kucing dia akan cuba buat bunyi kucing, paling pandai bunyi lion/tiger..hehe. Pandai main mata dah sekarang..hehe..suke buat apak dia geram bile dia main mata tu.

Mama, apak sayang sangat kat Sofieya..mmmmmuaaah!

p/s: xde gambar sebab hp mama ada bateri problem.semua gambar pada apak dia, lupe lak nak transfer kat com.