Thursday, June 30, 2011

Allergi Putih Telur

Jadi mama bukan satu benda yang senang..selalu kita nak beri yang terbaik tapi kadang2 kita tak pasti pun itu adalah yang terbaik (skema la pulak ayat =p).

Sabtu tiga minggu lepas (9/6/2011) dengan gembiranya sediakan makanan sofieya. Masa bawa Sofieya buat chekup 6 bulan, nurse suh try bagi putih telur pada dia sbb telur adalah salah satu sumber protein.Sebenarnya wondering gak sebab ada terbaca jgn bagi telur (putih/ kuning) pada baby yg umur kurang setahun tp since nurse yg cakap mungkin bleh kot..huhu. So hari tu buat kan sofieya bubur labu + putih telur rebus + bubur nasi. Lenyek -lenyek dan siap untuk dimakan.

Sofieya makan dengan gembiranye. Bila dah siap makan, mama pulak la nak makan. Tiba-tiba sofieya macam meragam tak nak letak..so letak dulu nasik, gilir dengan tok mak, lepas tok mak makan, baru mama plak makan. Tok mak pegang pun dia meragam-ragam, lepas tu to mak tanye bawa sofieya gi mana sebab ade barisan kene gigit nyamuk.

Bila sumer dah siap makan duk ruang tamu tgk2 badan sofieya takut ade gatal2 lain... and yep mmg ade. Ingatkan sebab baju tu miang sebab dah lame simpan sbb sgt byk bintik2 gatal kat badan naik. so buka baju biarkan dia lengging sambil susukan dia. Masa menyusu ternampak tapak tangan sofieya merah dan bengkak dan mase tu terus suspek sofieya mungkin kene allergi.

Cek satu badan lg sekali dan bahagian leher paling teruk..dah macam kene gegata yang tebal dan terasa panas.terus rush gi klinik paling dekat. bila Dr check, mmg sah kene allergi sbb bahagian yang bengkak sume rasa panas. Dr tanya baby makan ape..then cakap putih telur. dr kate mase tu ok lagi sebab kat kulit je. Kalu peringkat yang teruk akan sebabkan muntah kemudian sesak nafas.Ambil ubat, balik.

sapu calamaine lotion pada bahagian badan yang tumbuh gatal-gatal

Sampai rumah, masa bagi sofieya ubat, tetiba dia muntah dan mata dia terus kuyu macam nak tidur, mak kata mungkin dia ngantuk. tapi kuyu dia diikuti dengan badan yang lembik dan bibir dia mula biru. So ni sebenarnya adalah peringkat allergik yang teruk. Masa tu badan dah mula menggeletar terus cakap dengan tok mak, sofieya tak bleh bernafas and rush semula klinik untuk buat bantuan pernafasan. sepanjang perjalanan tu tangan memang dah menggeletar dan sentias panggil nama sofieya supaya dia sentiasa sedar.sangat-sangat takut kalau apa-apa jadi pada si tanje tu.Nauzubillah.

Sampai klinik ,terus Dr bagi oksigen dalam 10 minit, dan sofieya mula aktif semula.Alhamdulillah. Dr tak cadangkan bagi injection sebab sofieya sangat kecil.so dia suruh balik rumah, makan ubat dan kalau ada apa2 terus bawa semula ke klinik. Alhamdulillah lepas makan ubat alergik sofieya mula kurang.

Pengalaman ni sangat menakutkan dan tak dapat bayangkan kalau Allah ambil nyawa sofieya masa tu. Kalau tak dapat cepat bantuan pernafasan, mungkin akan sebabkan kematian. Sebab tu pengetahuan tentang food allergi ni sangat penting terutama pada mummy yang baru nak bagi baby makan.

Sedikit info tentang alergi putih telur/telur.

Biasanya terjadi pada kanak2/baby sebab sistem imunisasi badan belum terbina sepenuhnya.Perkara ni terjadi disebabkan oleh allergi terhadap protein yang terkandung dalam putih/kuning telur. Berita baiknya adalah biasanya kanak2 boleh makan semula telur masa selepas umur lima tahun (tapi perlu pastikan dulu daripada Dr).Boleh rujuk sini.

Bagaimana allergi boleh berlaku?

Sistem imunisasi, biasanya akan melindungi baby dari kuman dan lain dengan menggunakan antibodi untuk melawan protein telur yang dianggap sebagai penceroboh. Baby yang alami allergi akan mula sakit atau ruam.Reaksi ini boleh berlaku serta merta atau mungkin mengambil masa beberapa jam.

Simtom2 allergi
  •  mengalami ekzema, ruam atau bengkak (biasanya akan berasa panas)
  • ganguan pada sistem pencernaan yang akan sebabkan muntah, cirit, sakit perut
  • ganguan pada sistem pernafasan seperti hidung berair, bersin atau kesukaran bernafas
  • sistem kardiovaskular iaitu degupan jantung menjadi laju, tekanan darah rendah atau masalah jantung.
Selain dari telur, makanan yang dikategorikan sebagai sangat allergenik ialah produk tenusu, peanut/ peanut butter, jagung dan soya.

untuk mummy yang baru nak bagi baby makan leh try rujuk sini. banyak panduan boleh dapat kat situ.

p/s Masa tulis ni pun masih terasa badan menggeletar ketakutan.

Thursday, June 23, 2011

ni la Si Tanje Mama

Perkenalkan kepada semua...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
si kecil Puteri Sofieya Megat Sharifuddin... ni la si tanje mama

her first day in the world =) 23102010 6:02 pm


Hi!!!

Assalamulaikum...

Salam bersiaran =)

Blog ni sebenarnya di wujudkan untuk berkongsi cerita sama kawan-kawan lain (nak hilangkan gelaran anti sosial) yg selalu di beri sbb xde akaun FB...hehe. So harap2 leh la bersosial lepas ni =p.

Selain tu boleh buat sebagai personal diary untuk  untuk tanje-tanje kami, insyaAllah (buat mase ni ade sorg tanje je).

Salam berkenalan semua...