Wednesday, October 12, 2016

Come back!

Assalamualaikum!

Lama sungguh tiada sebarang coretan..akhir sekali tahun 2011.. Kalau rumah mesti dah penuh dengan segala macam sarang; anai-anai, labah-labah, semut, tikus..hehe.

Harap boleh istiqmah menulis pengalaman hidup bersama suami dan anak-anak.. Semoga jadi kenangan di masa hadapan.



Baie

Friday, October 28, 2011

Adik

Cinta hati kedua kami..InsyaAllah

Tested on 17/10/2011

Scanned on 27/10/2011 - 10w 2d - EDD 22052011

Semoga adik sihat2 dalam perut mama..jgn meragam selalu ye.

Setahun sudah!!!

Alhamdulillah..terima kasih Allah...

23 Okt 2011, Ahad lepas Sofieya dah cukup setahun.Rasa masa berlalau sangat cepat..kejap je dia dah setahun. Teringat lagi masa hari nak lahirkan dia..9  jam dalam labour room bersama suami menanti sikecil yang akhirnya kunjung tiba.

Alhamdulillah, Sofieya anak yang tak banyak karenah.Mungkin dia faham mama dia jaga dia sorang-sorang kat sini. Sepanjang setahun ni banyak kali juga Sofieya demam, mungkin sebab mama dia tak berapa cekap jaga dia lagi..hehe.

Tak de apa-apa party pun untuk besday Sofieya sebab mama dia dipaksarelakan bekerja..muahahaha. Cuma malam sabtu tu kami sekeluarga sama tok mak Sofieya, pergi jalan-jalan kat Melaka River Cruise. Sofieya sangat teruja tengok air sungai, bot penumpang dan lampu-lampu yang bergemerlapan tu..hehe..suara dia je menjerit-jerit excited..seronok ye sayang.

Ahad tu kami sambut besday dia kat rumah dan beli Rasberry cheesecake untuk dia sebab kalo kek lain ada telur..so cheesecake/ icecream cake je la yang bleh. Suruh tiup lilin pun x pandai lagi budak tecit ni..hehe.

Seronok ada anak ni..anak-anak memang pengubat duka..bila penat, bila sedih..tengok je muka dia senyum..rasa hilang semua..sayangnye mama pada Sofieya.. cepat besar ye sayang..leh tolong jaga adik pulak lepas ni =).

Dah setahun ni, Sofieya masih lum pandai jalan lagi, cuma gigi dia dah tumbuh sampai 8 batang. Sekarang, aktiviti yang dia paling suka ialah menolak bakul/ carseat untuk belatih jalan. Kadang-kadang mama dia yang tak larat nak layan. Sangat suka binatang, dan kalau nampak kucing dia akan cuba buat bunyi kucing, paling pandai bunyi lion/tiger..hehe. Pandai main mata dah sekarang..hehe..suke buat apak dia geram bile dia main mata tu.

Mama, apak sayang sangat kat Sofieya..mmmmmuaaah!

p/s: xde gambar sebab hp mama ada bateri problem.semua gambar pada apak dia, lupe lak nak transfer kat com.

Monday, September 5, 2011

Raya yang Best!

Raya memang best! Masa raya ni la kaum keluarga dapat kumpul ramai-ramai..Yang jauh didekatkan..yang dekat kita eratkan..haha..macam jejak kasih plak kan. Alhamdulillah..kali ni semua 10 orang adik beradik dapat berkumpul.Lame dah tak kumpul ramai-ramai macam tu.Sempatla jumpe semua semua anak-anak sedara..hehe..banyak betul ragamnye.

our big BIG family =)



sofieya comel yang comot


seangkatan =)


yeay!! tahun ni sofieya dah mula collect duit raye =p

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya!!!

Salam..

Selamat Hari Raya untuk semua ahli keluarga..semoga dapat kumpul ramai2 kat Segamat tahun ni..huhu syoknye! Sahabat2 dan teman2, selamat hari raya aidilfitri semoga raya tahun ni lebih indah dan berseri, Maaf diatas segala kesilapan bahasa + perbuatan yang mengguris hati dan perasaan.

Tahun ni lagi best sebab dah ade Puteri Sofieya si kecil tanje yang menambah seri hidup kami. Tahun ni juga ada triple celebration, besday en suami, 28/8/2011, raye aidilfitri 30/8/2011 dan merdeka!

Hatiku melonjak2 nak balik kampung..huhu..x sabarnye.

Siapa yang balik jauh2..hati2 di jalan raya ye..datanglah rumah raye ni.

Bye..vroommmmmmmmmmm

balik kampung..ooo..balik kampung...hati girang! =D

Thursday, August 11, 2011

Baju Raya =P

Dah 2 hari berjaya menggagahkan diri siapkan baju raya budak-budak kecik. Tapi ni baru siap satu je. baju ni sedondon dengan si mama tema kami : hijau, sempena baju kawen papa yang tak pakai dulu, ada lagi sepasang yang sedondon dengan 3 lagi sepupu-sepipi dia (tok mak sponsor)...hehe..tp yg tu lum siap lg. Ni la mama yang over xcited nak test kat baju anak dara dia subuh2 tadi..hehe






Ni la gayenye nak cuba pada baby yg baru blaja nak berdiri



p/s: baju mama lum potong pun lagi..huhu..sempatkah siap..huwaaa


Tuesday, July 12, 2011

Cik Pya dan gigi-giginya

Haha..terbaca blog ayu pasal gigi Alif, teringat pula pasal gigi Sofieya. Upadate sehingga hari ni, pada usia 8 bulan 2 minggu, Sofieya dah ada 5 batang gigi. Haha..agak cepat berbanding baby yang sebaya. 1st tumbuh dua gigi depan bahagian bawah masa umur 6 bulan, Alhamdulillah dia tak demam atau cirit. Kemudian selang 3 minggu,  gigi depan bahagian atas dan seminggu kemudian gigi kedua bahagian atas. Sabtu yang lepas, apak dia tengok ada gigi yang kelima dah keluar juga bahagian atas..hehehe. so sekarang ni 3 gigi atas 2 gigi bawah.
Masa baru2  keluar gigi tu dia memang suka gigit2 org, tak kirala, pipi, jari atau B..huhu..menjerit tu bila dia gigit. Tapi akak ade ajar suh bagitau baby supaya jangan gigit sebab baby memang boleh faham.Bgtau dengan berhemah mmg tak berjaya…so jegilkan mata masa dia gigit tu barula dia tak gigit2 lg..sian dia kene marahkan.
Gigi sofieya sangat tak teratur yang mewarisi gigi si mama. Lengkap semua.. besar, jarang dan senget. Kesian. Apak dia cakap kalau besar nanti masih camtu kenela pakai braces..huhu. Ni gambar si tanje dengan gigi dia =).
Gigi baru nak keluar

gigi senget bentuk V terbalik

Sedikit info pasal gigi.
Aturan pertumbuhan gigi bayi
 Order of appearance of the milk teeth.
Gigi susu biasanya mula muncul pada usia 6 bulan. Tapi adalah normal untuk tumbuh awal atau lambat beberapa bulan. Biasanya gigi bahagian bawah depan iaitu gigi kacip (incisor) akan muncul dulu, tapi ini mungkin berbeza bergantung pada bayi. Jumlah keseluruhan gigi susu ialah 20 batang.

Untuk peringkat bayi, nurse akan nasihatkan untuk lap gusi bayi dengan kain lembap setiap kali sebelum tidur malam dan selepas bangun pagi (pernah buat 2-3 kali je pada sofieya..hehe). Bila dah mula tumbuh boleh terus gunakan berus gigi yang bersesuaian. Menurut Dr. Leen, dengan menggunakan yang boleh disarungkan pada jari, lebih mudah untuk anggarkan kedalaman dan kekuatan memberus.